Dunia
Advertisements

Pengenalan

Bermula semalam, kecoh di media sosial dan penggemar sukan eropah apabila dikhabarkan sebuah kejohanan eropah yang baharu akan dibentuk iaitu European Super League. Didalangi oleh Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang bakal menjadi pengerusi untuk kejohanan tersebut, kejohanan itu bakal mendapat dana daripada American bank JP Morgan sekitar 5 billion dolar.

Antara kelab yang bersetuju untuk bertanding ialah Manchester United, Manchester City, Chelsea, Arsenal, Liverpool, Tottenham, Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid, Juventus, AC Milan dan Inter Milan dimana 12 kelab ini bakal menjadi kelab pengasas (founding clubs). Dimaklumkan bahawa 15 kelab bakal menjadi founding clubs.

Advertisements

Dilaporkan juga akan ada penyertaan daripada kelab besar lain yang akan dipilih berdasarkan kelayakan play-off. Kelab daripada Bundesliga iaitu Borussia Dortmund dan Bayern Munich dimaklumkan menolak idea pembentukan liga ini.

Format Pertandingan

Format European Super League adalah dipecahkan kepada 2 kumpulan (setiap kumpulan 10 pasukan). Setiap pasukan akan bermain secara home & away bagi peringkat kumpulan dan diikiuti peringkat kalah mati.

Advertisements

15 kelab pengasas akan kekal bertanding dalam liga trsebut manakala baki 5 pasukan akan ditentukan melalui pusingan kelayakan. Kejohanan ini bakal berlangsung sepanjang Ogos hingga Mei.

Kebaikan Pembentukan European Super League

1)Kelab Yang Bertanding Untung Besar

Advertisements

Berdasarkan sebuah laporan, kelab yang bertanding bakal mendapat sekitar 100 hingga 450 juta dolar. Ini baru sahaja penyertaan, bukan lagi hadiah kemenangan atau bonus apabila menang dan sebagainya. Stesen televisyen juga pastinya sanggup melabur besar bagi mendapatkan hak penyiaran kejohanan ini.

2)Perlawanan Menarik Setiap Minggu

Walaupun ramai penyokong dan peminat bolasepak yang mengecam idea kejohanan ini, tidak dinafikan bahawa pertembungan kelab-kelab besar eropah yang bakal berlangsung setiap minggu akan menarik perhatian orang ramai.

Advertisements

Manchester United menentang Real Madrid, Barcelona bertemu Manchester City, Liverpool melawan AC Milan dalam seminggu pasti bakal meriuhkan suasana bola sepak dunia.

3)Ronaldo vs Messi

Momen yang bakal menjadi perhatian dunia sekiranya dua bintang besar bola sepak ini bertembung dalam kejohanan European Super League nanti. Setelah kali terakhir mereka sentiasa bertemu adalah ketika dalam saingan El Clasico, pertemuan Ronaldo yang kini mewakili Juventus dan Messi yang bersama Barcelona yang ‘baru’ pastinya menjadi bualan peminat bola sepak.

EovzAudXIAcrh 4 European Super League: Kelebihan & Keburukan Liga ‘Haram’ Yang Mencabar UEFA

4)Siapa Jaguh Eropah Bakal Diketahui

Walaupun setiap negara mempunyai kelab-kelab besar, namun apabila membandingkan kelab yang berlainan negara pasti akan menimbulkan persoalan berikutan pertembungan yang jarang-jarang sekali di Liga Juara- Juara Eropah (kekurangan statistik).

Dengan adanya kejohanan ini, pastinya peminat bolasepak dapat melihat kelab manakah yang mampu meraih kejuaraan apabila bersaing sesama kelab besar. Adakah Barcelona?Real Madrid?Manchester City? Atau Inter Milan?

Keburukan Kejohanan Ini

1)Kejohanan yang Membelakangkan Keputusan Badan Bolasepak Eropah

Antara isu hangatnya ialah keputusan pemilik kelab-kelab gergasi seperti Florention Perez, Keluarga Glazer dan lain-lain lagi yang bertindak mengelola kejohanan ini tanpa merujuk badan bolasepak eropah.

Keputusan menganjurkan kejohanan ini menyebabkan kelab-kelab yang menyertainya tidak akan dibenarkan menyertai liga negara mereka sendiri seperti Premier League, La Liga dan Serie A.

2)Liga Juara-juara Eropah Bakal Suram

Dengan adanya European Super League, Liga Juara-Juara Eropah bakal hilang serinya apabila kelab-kelab yang bertanding dalam Super League tidak akan dibenarkan menyertai apa-apa kejohanan yang dianjurkan UEFA. Ini sebenarnya turut menjejaskan pertandingan yang dikelolai oleh UEFA sendiri kerana impak yang dibawa kelab-kelab gergasi Eropah amat besar.

Sekiranya kelab seperti Barcelona dan Real Madrid dan lain-lain tiada dalam Champion League, jumlah penonton pasti berkurangan.

3)Nasib Kelab-kelab Kecil

Kelab-kelab kecil pasti akan menerima tempias dek penganjuran liga ‘haram’ ini. Sudahlah ditimpa masalah ekoran Covid-19, penganjuran liga ini akan memberi impak kewangan kepada kelab-kelab kecil.

Contohnya, jumlah kutipan tiket dan bayaran hak penyiaran pasti berkurangan kerana ketiadaan kelab-kelab besar. Bayangkan Premier League tanpa big six, perlawanan tumpuan pasti akan terarah kepada Everton dan Leicester City. Namun apa akan terjadi kepada kelab seperti Sheffield United, Burnley dan Fulham? Pasti kelab-kelab tersebut akan terjejas teruk.

4)Pengharaman Pemain Menyertai EURO Cup

Dimaklumkan bahawa pemain yang beraksi di European Super League tidak akan dibenarkan mewakili negara mereka dalam pertandingan EURO nanti. Ini adalah satu langkah daripada UEFA untuk menghalang penyertaan kelab-kelab besar tersebut.

Jose Mourinho Bukan Mangsa

Pemecatan Jose Mourinho mungkin tidak akan merugikan beliau memandangkan beliau akan menerima wang pampasan yang besar, namun dikhabarkan antara punca pemecatan Mourinho selain prestasi kurang baik Tottenham adalah disebabkan Mourinho menentang idea European Super League. Bagaimanapun perkara ini ditepis oleh Fabrizio Romano yang menyatakan Mourinho dipecat tidak berkait dengan isu Europen Super League.

Penutup

Keputusan untuk menganjurkan liga berformat sebegini bakal menarik perhatian peminat bolasepak namun tindakan orang besar bolasepak yang membelakangkan badan induk bolasepak Eropah semestinya mendapat kecaman ramai. Penganjuran ini dilihat semakin hampir dan pasti akan menjejaskan struktur bolasepak Eropah selain masalah Covid-19 yang masih belum reda.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram