FA Thailand Pecat Akira Nishono
Asia
Photo AFP-JIJI
Advertisements

Pengedali skuad kebangsaan Thailand dari Jepun, Akira Nishomo secara rasminya dipecat dari jawatannya sebagai Ketua Jurulatih pasukan Thailand.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh FA Thailand, Akira dipecat berikutan prestasi buruknya sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia di mana Thailand menamatkan saingan pusingan ke-2 di tempat ke-4.

Pasukan Thailand turut tewas dalam kedua-dua perlawanan menentang pasukan Malaysia di Bukit jalil dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Advertisements

Thailand di bawah kepimpinan Akira Nishono menamatkan saingan Kumpulan G dengan 9 mata daripada 8 perlawanan dan gagal mencapai KPI yang ditetapkan FA Thailand.

Sebelum ini, Akira turut mengakui bahawa beliau melakukan kesilapan semasa menyenaraikan senarai akhir pemain dibawa ke UAE.

FA Thailand turut memaklumkan akan mengumumkan pengganti Akira dalam masa terdekat.

Advertisements

Akira sebelum ini turut mengendalikan beberapa kelab gergasi Jepun seperti Gamba Osaka, Vissel Kobe, Nagoya Grampus dan pasukan kebangsaan Jepun namun turut ditamatkan kontrak lebih awal berikutan aksi buruk ditampilkan pasukan dikendalikannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram