Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus menjadi antara pemain tempatan paling menyerlah dalam saingan Liga Super 2023.
Bintang kelahiran Pulau Pinang ini melengkapkan perpindahan dari Terengganu dan terus memberi impak yang diharapkan oleh pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe.
Kecemerlangan pemain bertubuh kecil ini menjadikan dirinya merupakan satu-satunya calon tunggal yang berjuang dalam carta penjaring terbanyak Liga Super.
Malah, dalam satu sidang media selepas perlawanan semalam, ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe memberi bayangan bahawa beliau perlu mencari pemain terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kapten Harimau Malaya ini.
Berdasarkan catatan statistik Liga Super musim ini, bekas pemain Sri Pahang kini memberi saingan sengit kepada penyerang import apabila berada dalam kelompok penjaring terbanyak.
Senarai penjaring terbanyak musim ini didahului oleh penyerang berbisa JDT, Fernando Forestieri dengan 17 gol sambil diikuti oleh rakan sepasukan Faisal, Ayron Del Valle.
Beliau setakat ini telah mengumpul 8 jaringan dan 7 bantuan gol dengan menjadi pemain kedua terbanyak mengumpul minit permainan iaitu 1421 minit secara keseluruhannya.
Khidmat Faisal bagaimanapun tidak dapat digunakan tatkala beliau kini menjalani peggantungan selama satu bulan sejak akhir Julai lalu.
Selangor bagaimanapun masih konsisten mengekalkan rentak kemenangan apabila menewaskan PDRM dengan keputusan 4-1 di Stadium MBPJ semalam.