Persaingan Sengit Di Selangor Rebut Posisi Faisal Halim
Piala Malaysia
Selangor FC
Advertisements

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui bukan satu tugas yang mudah untuk mencari pengganti pemain sayap, Faisal Halim.

Pemain lincah itu terpaksa diketepikan selam sebulan daripada skuad The Red Giants susulan hukuman penggantungan yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pengendali berusia 53 tahun itu dilihat mempertaruhkan perancang tengah, Mukhairi Ajmal untuk mengisi peranan Faisal pada babak pertama.

Advertisements

Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk memasukkan pemain muda, Aliff Izwan untuk membentuk gandingan bersama Richmond Boakye dan juga Ayron Del Valle.

Katanya, beliau perlu mencuba beberapa pemain yang sesuai dan meneruskan cabaran tanpa kelibat pemain tersebut.

“Ya kita tahu bukan mudah untuk mana-mana pemain beraksi pada posisi kiri pasukan dengan Faisal Halim tidak akan beraksi di situ dalam tempoh yang agak lama.”

Advertisements

“Mana-mana pemain perlulah bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama,” jelasnya dalam sidang media selepas perlawanan.

Beliau yakin setiap pemain perlu bekerja keras untuk membantu pasukan dan tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan.

Selangor mencatatkan kemenangan besar 4-1 hasil jaringan Ayron Del Valle, Harith Haiqal dan Orozco sekaligus memberikan kelebihan selesa buat pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram