Dunia
Astro Arena
Advertisements

Semalam, Harimau Malaya tumbang 3-0 kepada Vietnam dengan bek kanan Azam Azmi Murad dilayangkan kad merah. Tetapi bagi kapten Faisal Halim, dia berbangga dengan semangat juang yang ditampilkan rakan-rakan sepasukan dan tidak mahu menyalahkan pengadil atas apa yang berlaku semalam.

Advertisements

Ini dapat dilihat sendiri dalam perlawanan semalam apabila pasukan Malaysia berusaha menandingi skuad Pahlawan Bintang Emas dan meraih keputusan positif di Stadium Nasional My Dinh. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka dengan pasukan melakukan kesilapan seperti diakui Faisal dalam temubual pasca-perlawanan.

“Kita tak boleh cakap mengenai pengadil (Ryuji Sato). Pengadil buat kerja dia, kita buat kerja kita. Tapi kita ada pemain muda, ada yang perlu belajar benda macam ini.

Advertisements

“Kesilapan boleh menghukum keseluruhan pasukan, tapi saya sebagai ketua pasukan saya tak salahkan rakan, kita perlu berikan semangat dan motivasi. Apa yang penting Azam sudah buat kerja yang baik.

“Tapi itulah satu kesilapan orang kata satu pengalaman dan boleh belajar. Kami semua kecewa, kami datang ke sini untuk menang, kami memang persiapkan diri untuk dapat tiga mata,” katanya.

Advertisements

Pengadil Jepun, Ryuji Sato melayangkan kad merah terhadap Azam pada minit ke-62 selepas bek kanan Terengganu itu didakwa mengasari Doan Van Hau di luar padang. Selain melayangkan kad merah terhadap pemain pertahanan Malaysia itu, Sato turut menganugerahkan sepakan penalti kepada Vietnam.

Que Ngoc Hai mudah menyempurnakan penalti bagi meletakkan Pahlawan Bintang Emas 2-0 di hadapan. Sebelum perlawanan tamat, Nguyen Hoang Duc menyumbat gol ketiga sekaligus membantu Vietnam menang selesa di hadapan penyokong sendiri.

Advertisements

“Kekalahan ini mengecewakan kerana kita datang untuk meraih tiga mata dan kita membuat persiapan untuk menang. Kalau tengok dari awal kita cipta peluang, kita boleh tekan mereka cuma tuah saja tiada.

“Jaringan pertama berpunca dari sepakan sudut menyebabkan kami down (putus asa) tapi bila mereka bermain 10 pemain (selepas itu) kita lebih bersemangat namun pada separuh masa kedua kita buat satu kesilapan dan dihukum. Itulah bola sepak,” tambahnya.

Advertisements

Walaupun kalah dan mengharungi tiga perlawanan, Malaysia menduduki tempat kedua Kumpulan B. Sementara Singapura pula walaupun mengutip enam mata selepas mengalahkan Laos semalam, Harimau Malaya masih berada di depan dari segi kelebihan jaringan. Dan kini, giliran Singa Kallang pula berdepan tugas sukar menentang Vietnam di Stadium Jalan Besar pada 30 Disember.

Sekiranya Singapura tewas kepada Pahlawan Bintang Emas, maka perhitungan dengan skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Januari 2023 bakal menentukan siapa bakal layak ke peringkat separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram