Advertisements
Faisal Halim: Dua Tahun Layak Ke Asia
Asia
MakanBola
Selangor FC

Pemain sayap lincah, Faisal Abdul Halim menzahirkan rasa syukur dapat membawa pasukan Selangor ke peringkat Asia musim depan.

Selangor bakal mewarnai saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) 2024 selepas dinobatkan sebagai Naib Juara Liga Super 2023.

Dalam satu hantaran di Instagram, tonggak utama Selangor, Faisal Halim gembira dan teruja sekali lagi dapat membawa pasukan ke peringkat Asia.

Faisal pasa musim lalu yang bersama Terengganu juga berjaya membawa Skuad Peteh layak ke Asia namun beliau berhijrah ke Selangor awal musim ini.

“2022 bersama Terengganu layak ke Asia, tapi tak sempat merasa hasil kerja keras ke Asia kerana memilih cabaran dan haluan yang baru ke Selangor.”

Sayap berusia 25 tahun ini menganggap kejayaan ini sebagai satu rezeki yang dianugerahkan. Beliau berterima kasih kepada semua rakan sepasukan yang menjayakan misi Selangor ke Asia ini.

“2023 bersama Selangor layak ke Asia. 2 tahun layak ke Asia. Rezeki dari Allah, InsyaAllah 2024. Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan,” tulis Faisal.

Selepas 15 tahun Selangor menanti momen ke Asia ini, kali ini Gergasi Merah Kuning berjaya menunaikan misi tersebut. Kali terakhir Selangor beraksi di pentas Asia ialah pada musim 2015-2016 iaitu dalam saingan Piala AFC.

Selangor di bawah kendalian Tan Cheng Hoe bakal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) 2024, nama baru Piala AFC yang diperkenalkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).