Kebangkitan Faiz Nasir Buat Kim Pan-gon ‘Pening Kepala’
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faiz Nasir kini kembali menjadi sandaran buat pasukan apabila berjaya meledak dalam beberapa perlawanan terakhir.

Faiz sudah pun beberapa kali turun dalam kesebelasan utama pasukan mempamerkan kualiti yang tersendiri untuk merencanakan serangan buat Terengganu.

Malah, kelincahan pemain bertubuh kecil ini nyata sukar dikawal oleh barisan pertahanan lawan apabila beliau seringkali menjadi ancaman utama buat mereka.

Advertisements

Dalam 4 perlawanan terakhir, bekas pemain sayap kebangsaan ini sudah pun meledak dua gol penting yang membantu pasukan untuk mencatatkan kemenangan berharga.

Ketika menentang Kedah Darul Aman dalam perlawanan Piala FA tempoh hari, pemain berusia 30 tahun ini menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk membawa pasukan melangkah ke suku akhir.

Faiz sekali lagi membuktikan kemampuan sebenar beliau apabila meledak gol ketika anak didik Nafuzi Zain berjaya membelasah pasukan Kuching City FC untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Advertisements

Gandingan berbisa bersama Kpah Sherman dan juga Faisal Halim jelas menjadi nadi utama pasukan ketika ini apabila mencatatkan 4 kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir.

Sebelum ini, Faiz lebih banyak beraksi bersama pasukan Terengganu II namun berjaya meraih semula tempat bersama skuad utama ketika ini.

Konsistensi bekas pemain Selangor ini sudah pasti memberikan lebih banyak pilihan buat jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk menguji muka-muka baharu bersama pasukan negara.

Advertisements

Pengendali kelahiran Korea Selatan ini bakal  berdepan ujian seterusnya pada bulan September apabila Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan kalendar FIFA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram