Faiz Nasir Tinggalkan Terengganu
Transfer
MakanBola
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC, Faiz Nasir difahamkan telah menyertai satu lagi pasukan yang berpangkalan di pantai timur secara pinjaman iaitu Kelantan United FC.

Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter, keputusan tersebut dibuat bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan.

Advertisements

Ini kerana terdapat ramai pemain yang bersaing di bahagian tengah Terengganu FC terutama di bahagian sayap.

Advertisements

Persaingan dijangka lebih sengit dengan kehadiran pemain import baru Peteh dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov.

Faiz, 30, yang digelar ‘Messi Terengganu’ telah merekodkan 68 perlawanan bersama skuad Penyu. Untuk musim ini, Faiz merekodkan sembilan penampilan dalam semua kejohanan sebagai pemain gantian.

Advertisements

Sepanjang bersama Terengganu FC, Faiz membantu mereka bergelar naib juara Piala FA (2018) dan naib juara Liga Super musim lepas.

News Comments Account