Faiz Subri Tidak Beraksi 2 Musim Kerana Salah Faham
Dunia
FB Penang Football Club
Advertisements

Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016, Mohd Faiz Subri mengakui punca tidak bermain selama dua musim ini disebabkan sedikit salah faham dan menasihati setiap pemain menjadikan perkara ini satu ikhtibar.

Pemain yang berusia 34 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana mendapat tawaran untuk kembali berjuang bersama Penang FC.

Faiz turut menyatakan persiapannya tahun ini adalah memberi fokus untuk mendapatkan kembali momentumnya seperti dahulu supaya beliau dapat membantu pasukan ke tahap yang lebih cemerlang.

Advertisements

“Untuk tahun ini saya perlu bekerja keras kerana setelah dua tahun tidak beraksi di liga yang tinggi ini bagi mendapatkan kembali kecergasan dan keserasian bersama pasukan,” katanya.

“Saya mendapat tawaran untuk menyarung semula jersi Penang, itu adalah rezeki saya setelah dua tahun tidak beraksi di Liga Super.”

Dalam pada itu, Faiz menegaskan usia bukan satu penghalang untuk beraksi di padang kerana beliau masih boleh memberikan komitmen untuk pasukan apabila diperlukan.

Advertisements

“Bab usia tidak menjadi penghalang selagi khidmat diperlukan selagi itu saya akan bermain”

“Disitu mungkin ada sedikit salah faham dan juga perkara ini hendaklah dijadikan ikhtibar untuk semua pemain, kalau nak pilih pasukan kena fikir dulu,” ujarnya kepada Harimau Malaya.

“Kepada seluruh penyokong Penang FC, teruskan menyokong dan mendoakan kejayaan buat PFC.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram