Faiz Subri Ulangi Jaringan Bertaraf Puskas
Dunia
Penang FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Penang FC, Mohd Faiz Subri kembali mencatat nama selaku penjaring apabila membantu Penang mengikat  Karo United FC dengan keputusan 1-1.

Faiz yang turun dalam kesebelasan utama pasukan jelas menjadi nadi kepada kemenjadian jentera serangan pasukan dalam perlawanan pertama Piala TYT 2022 Stadium Bandaraya malam semalam.

Gandingan beliau bersama Hilal Al-Helwe dan juga Jafri Firdaus jelas mampu untuk membentuk keserasian yang baik apabila seringkali menyukarkan tugas pertahanan Karo United.

Advertisements

Perlawanan berlangsung dengan cukup baik apabila kedua-dua pasukan berjaya mencipta beberapa momen penting untuk menjaringkan gol.

Namun begitu, kedudukan masih terikat sehingga memasuki masa kecederaan babak pertama.

Kualiti dan ketenangan yang dimiliki oleh pemenang anugerah Puskas FIFA ini terpancar apabila beliau meledak gol yang cukup cantik.

Advertisements

Faiz menerima hantaran daripada kapten pasukan, Endrick Dos Santos lalu melakukan larian pantas sebelum melepaskan rembatan kencang ke bahagian kanan gawang gol lawan.

Jaringan beliau disusuli dengan sujud syukur tanda kesyukuran sekembalinya ke pentas tertinggi bola sepak Malaysia bersama Penang.

Rata-rata peminat kagum dengan teknik luar biasa yang dimiliki oleh Faiz yang masih memiliki sentuhan berbisanya sambil menanggap gol ini juga bertaraf Puskas.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan terpaksa akur apabila Karo United menjaringkan gol penyamaan pda minit ke-70 yang dijaringkan oleh Kardinata Taringan.

Perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram