Radamel Falcao Tiada Dalam Perancangan Johor Darul Ta’zim

falcao Radamel Falcao Tiada Dalam Perancangan Johor Darul Ta'zim
Instagram: @galatasaray
Nik Faris @nikfalovic
4:17pm 18/08/2021

Laman rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengesahkan bahawa tiada tawaran rasmi yang dibuat kepada Radamel Falcao.

Hal ini telah dijelaskan oleh Pengarah Sukan Kelab JDT, Martin Prest berhubung kenyataan yang tular oleh media-media Turki yang menyatakan bahawa hanya JDT yang membuat tawaran bagi mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Martin Prest telah menjelaskan status mengenai ura-ura perpindahan Falcao ke selatan tanah air yang tular sejak kebelakangan ini.

JDT dikatakan tidak berada pada tahap kewangan yang kukuh untuk menandatangani mana-mana pemain besar untuk bermain di JDT. Malah, dengan situasi pandemik COVID-19 ini, beliau percaya faktor kewangan samasa membantutkan hasrat ini.

Namun begitu, JDT percaya bahawa mereka seharusnya berpada-pada dan berhemah dalam merencanakan strategi perbelanjaan sambil menyatakan keutamaan pasukan adalah untuk membangunkan Infrastruktur yang boleh menjana kepada pembangunan yang baik.