Falsafah Nafuzi Zain Buat Tomislav Steinbruckner ‘Jatuh Cinta’
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pengarah teknikal baharu Terengganu FC ( TFC) dan mengakui bahawa jurulatih pasukan, Nafuzi Zain telah berjaya membuatkannya jatuh cinta ’pandang pertama’ bersama kelab tersebut.

Menurut kenyataan beliau, pendekatan yang digunakan oleh jurulatih kelahiran Kelantan ini menunjukkan kemampuan dan kualiti untuk terus membawa kejuaraan yang lebih banyak kepada pasukan.

Pengendali dari Crotia ini juga menyedari tujuan utamanya bersama pasukan dari Pantai Timur itu adalah untuk membantu meraih lebih banyak kejuaraan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau mahu melahirkan lebih banyak bakat-bakat tempatan yang boleh memacu pasukan di samping membentuk pasukan yang mampu bersaing secara kompetitif.

‘Pertamanya saya begitu gembira dapat kembali ke Terengganu, terima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi peluang kepada saya untuk menggalas tugas ini dan sudah mengenali beberapa individu di sini.’

‘Bagaimanapun kehadiran saya bukan untuk ‘makan angin’, tapi mempunyai tugasan dan misi besar bersama kelab TFC ini yang dilihat semakin meningkat.’

Advertisements

Beliau menyedari bahawa jangkaan para penyokong terhadap kemampuan pasukan akan sentiasa meningkat selain berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk memacu Terengganu ke tahap tertinggi.

Sambil itu, Steinbruckner mengakui bahawa antara salah satu faktor yang mampu untuk mengukuhkan lagi jalinan antara beliau dan Nafuzi adalah disebabkan pendekatan yang sama oleh mereka berdua.

‘Lagi satu falsafah dan corak latihan Nafuzi adalah sama dengan saya, situasi ini penting bagi meneruskan kesinambungan sekali gus mampu meningkatkan lagi kualiti permainan individu dan pasukan,- Jelas beliau kepada Arena Metro.

Advertisements

Terengganu masih belum memulakan perlawanan pertama tempoh hari akibat kes COVID-19 yang melanda pasukan ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram