FAM Hubungi Wan Kuzain
Harimau Malaya
Sporting KC
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) difahamkan sedang menghubungi perancang tengah berbakat, Wan Kuzain Wan Kamal.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents berkenaan perkembangan semasa pemain kelahiran Amerika-Malaysia itu.

Kuzain mengembangkan karier bola sepak profesionalnya di USA dan kini beraksi bersama kelab MLS Next Pro, St Louis City 2 sejak tahun 2021.

Advertisements

Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal memaklumkan bahawa terdapat usaha oleh FAM untuk menghubungi pemain berusia 25 tahun ini.

Hal ini susulan cemuhan yang diterima oleh pemain ini sungguhpun menzahirkan sokongan padu terhadap perjuangan Malaysia pada aksi Piala Asia di Qatar tempoh hari.

“Banyak komen biadab daripada haters yang terpaling bola. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dah pun berhubung dengan Wan Kuzain untuk sarung jersi Harimau Malaya,” dedah Wan Fayhsal di laman X.

Advertisements

Satu perkongsian oleh Kuzain kepada laman Frfuturetalents memberitahu bahawa beliau kini sedang berhubung dengan FAM namun tidaklah secara terus seperti yang diharapkan.

“Ya sedang bercakap dengan mereka (FAM). Tidak secara terus seperti yang sepatutnya,” ujar Kuzain.

Wan Kuzain juga kini difahamkan sudah memiliki status kerakyatan Malaysia pada profil pemain tersebut pada laman Transfermarkt yang berpengkalan di Jerman.

Advertisements

Transfermarkt mempunyai kredibiliti yang besar selaku entiti laman sukan bola sepak berdasarkan perkongsian statistik, informasi pemain dan berita perpindahan pemain yang tepat.

Selain Kuzain, adik beliau iaitu Wan Kuzri juga pernah dipanggil ke kem skuad bawah 19 tahun negara beberapa tahun lepas dan pernah menjadi sasaran skuad bawah 23 tahun negara tahun lalu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyertai skuad negara disebabkan isu peribadi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram