Harimau Malaya
stlcitysc
Advertisements

Laman informasi bola sepak terkemuka dikesan telah mengubah status kewarganegaraan Wan Kuzain Wan Kamal sekali gus menambah kemungkinan beliau untuk mewakili Malaysia.

Wan Kuzain kini memiliki status kerakyatan Malaysia pada profil pemain tersebut di laman Transfermarkt yang berpengkalan Jerman.

Tranfermarkt mempunyai kredibiliti yang besar selaku entiti laman sukan bola sepak berdasarkan perkongsian statistik, informasi pemain dan berita perpindahan pemain yang tepat.

Advertisements
kuzain info Wan Kuzain Sudah Dapat Kerakyatan Malaysia?

Sebelum ini Wan Kuzain berstatus sebagai warganegara Amerika Syarikat memandangkan pemain tengah ini lahir Carbondale, Illinois dan turut pernah mewakili pasukan bawah 17 tahun Amerika Syarikat.

Wan Kuzain yang kini bermain untuk St. Louis 2 sebelum ini pernah dipanggil untuk bersama skuad bawah 23 tahun negara pada November 2019 bagi menghadapi Sukan Sea namun isu dokumentasi menyekat hasrat Kuzain mewakili Malaysia.

Advertisements

Kini beliau sekali lagi dikhabarkan bakal menerima kerakyatan Malaysia untuk mewakili skuad kebangsaan negara pada masa hadapan.

Frfuturetalents baru-baru ini telah berkongsi statistik Wan Kuzain selama pemain itu beraksi di Amerika Syarikat dan telah menerima komen Wan Kuzain yang berbunyi ‘tidak lama lagi’.

Advertisements

Pemain berusia 25 tahun ini turut berkongsikan satu tangkap layar yang menunjukkan beliau sedang menonton perlawanan Malaysia menentang Jordan dalam saingan Piala Asia 2023 tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram