Wan Kuzain Saksikan Aksi Malaysia & Jordan Secara Langsung
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal memberikan sokongan padu kepada Malaysia ketika berdepan Jordan bagi aksi Piala Asia 2023.

Bintang yang berkelana di USA itu kembali memberi bayangan untuk mewakili Harimau Malaya sebelum ini menerusi satu komen yang tular di media sosial.

Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini pernah menjalani latihan bersama skuad b-23 negara namun tidak dapat mewakili Malaysia atas sebab tertentu.

Advertisements

“Tidak lama lagi,” tulis Wan Kuzain ringkas di ruangan komen.

Laman Frfuturetalents baru-baru ini telah berkongsi statistik Wan Kuzain selama pemain itu beraksi di Amerika Syarikat. Sungguhpun begitu, karier pemain itu seperti tidak lengkap jika belum mewakili Malaysia.

Advertisements

Kuzain kembali menjadi buah mulut netizen selepas memuat naik satu tangkap layar yang menunjukkan beliau sedang menonton aksi Malaysia.

Hal ini sekaligus menguatkan lagi desas-desus kemahuannya untuk menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti.

Advertisements

Untuk rekod, selain Wan Kuzain, adik beliau iaitu Wan Kuzri pernah dipanggil untuk menyertai kem skuad bawah 19 tahun negara pada beberapa tahun lepas dan pernah menjadi sasaran skuad bawah 23 tahun negara tahun lalu namun beliau tidak dapat menyertai skuad negara disebabkan isu peribadi.

Malaysia menamatkan aksi berdepan Jordan dengan kekalahan 0-4 sekaligus terlepas misi meraih 3 mata pertama di Qatar.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram