FAM Jawab Punca Ketiadaan Shane Lowry
MakanBola
Johor Southern Tigers

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi jawapan berhubung ketiadaan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry.

Pemain berusia 37 tahun iti tidak berada dalam senarai 23 pemain yang diumumkan oleh pasukan kebangsaan bagi menghadapi kempen FIFA ASEAN Cup 2026.

Malaysia secara rasminya telah mendapat kelulusan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendaftarkan tiga pemain baharu iaitu Bergson da Silva, Brad Tapp dan juga Manuel Hidalgo.

Namun begitu, hasrat untuk melihat kelibat seorang lagi tonggak naturalisasi negara, Shane Lowry tidak kesampaian selepas pemain kelahiran Ireland ini disahkan mengalami kecederaan.

Situasi ini menyebabkan FAM tidak memproses pendaftaran bekas pemain Aston Villa ini bagi bersama pasukan kebangsaan mengharungi aksi Divisyen 1 FIFA ASEAN Cup 2026.

“Untuk Shane Lowry bukan kita (FAM) tak mohon (kepada FIFA), FAM hanya memohon untukt tiga pemain sahaja,” ujar penjelasan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman.

Sebagai rekod, Lowry telah menyertai JDT sejak tahun 2021 dan menjadi figura penting pada posisi pertahanan pasukan terutamanya pada kempen AFC Champions League Elite (ACLE).

Malaysia bakal membuka tirai saingan bermula pada 25 September 2026 menentang Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada jam 5.00 petang (waktu Malaysia).