FAM Sahkan Hantar Gol Sean Selvaraj Untuk Anugerah Puskas
MakanBola
MFL
Sponsors

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan bahawa gol menarik yang dihasilkan oleh pemain Negeri Sembilan, Sean Selvaraj akan dihantar ke Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk ke Anugerah Puskas FIFA 2022.

Jaringan jarak jauh yang dihasilkan Sean itu berlaku dalam perlawanan Liga Super menentang bekas pasukannya Selangor FC pada 31 Julai yang lalu. Gol tersebut juga merupakan gol kemenangan buat Negeri Sembilan yang menumbangkan Selangor 3-2.

Ad
Sponsors

“Jawatankuasa mengesahkan untuk gol yang dihasilkan pemain Negeri Sembilan FC, Sean Eugene Selvaraj ketika perlawanan Liga Super 2022 menentang Selangor FC pada 31 Julai 2022 dihantar secara rasmi cadangan pencalonannya ke FIFA untuk Anugerah Puskas FIFA 2022,” jelas FAM dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka.

Jika jaringan Sean itu tercalon dalam Anugerah Puskas, ini bermakna beliau mampu mengulangi pencapaian pemain Penang FC, Faiz Subri yang pernah tercalon dan memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016.

Ad

Gol yang dijaringkan oleh Faiz itu terpilih untuk memenangi anugerah tersebut sekaligus menewaskan beberapa calon lain seperti Lionel Messi dan Neymar.

Ad