FAM Sedia ‘Tinggalkan’ SNBJ
Harimau Malaya
Wan/MakanBola
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia tinggalkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) jika padang tidak berada dalam keadaan terbaik menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed memaklumkan bahwa pihaknya akan sentiasa memantau dengan lebih rapi sebelum dapat digunakan sepenuhnya.

“Kita akan pantau situasi padang, sebab saya difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Ini pun memberi kita satu tekanan sama ada mahu digunakan atau tidak.

Advertisements

“Tapi akhirnya kita akan lihat, selepas ini kita tiada kompromi mengenai situasi padang, jika boleh digunakan kita akan guna. Keutamaan kita adalah pemain, kita tidak mahu pemain kita cedera. Itulah periuk nasi dorang.

Pihak FAM juga tidak mahu kejadian kecederaan pemain disebabkan keadaan padang berulang lagi. FAM turut sudah mengenalpasti bagi pilihan stadium yang lain untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“FAM ada rasa bersalah dan berniat mahu mengambil tanggungjawab. Kita ada dua pilihan stadium. Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,” kata Mohd Firdaus Mohamed dalam temubual perasmian pelancaran bola rasmi pertandingan domestik anjuran FAM. 

Advertisements

Walaubagaimanapun, beliau berpendapat hadiah rumput Hybrid daripada Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’xim (JDT), DYAM Tunku Makhota Ismail bakal dapat membantu tingkatkan kualiti padang. 

“Perlawanan pada bulan 6 mustahak iaitu bertemu Taiwan, mungkin seperti yang dihadiahkan Tengku Mahkota Johor mungkin dapat membantu.

“Yang paling mustahak adalah kemenangan nanti. Keutamaan kita adalah itu,” katanya lagi. 

Advertisements

Malaysia bakal bertemu Chinese Taipei pada 11 Jun ini bagi perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D. 

Sebelum itu, skuad kendalian Kim Pan-gon bakal bertandang di Krygyzstan pada 6 Jun ini. Ketika ini, Malaysia berada di tangga ke-3 kumpulan dengan mengumpul 6 mata. 

Misi wajib menang dalam dua aksi ini bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya sekaligus mendapat tempat di Piala Asia kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram