Tunku Ismail Sumbangkan Rumput Hibrid Bagi Kegunaan Padang SNBJ
Harimau Malaya
JST/HaziqMakanBola
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Perkara itu dikongsikan oleh laman Royal Johor berkenaan kaji selidik yang dilakukan terhadap rumput yang paling sesuai digunakan di padang serbaguna itu.

“Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional Bukit Jalil telah menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.”

Advertisements

Kejayaan penyelidikan JDT di Stadium Larkin juga telah membuka jalan baharu apabila Tunku Ismail perkenan untuk mendermakan rumput jenis tersebut bagi kegunaan SNBJ.

“Berdasarkan hasil kaji selidik tersebut dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Larkin, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional.”

Pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan juga Setiausaha AFC telah membuka satu titik pertemuan baharu.

Advertisements

“Inisiatif itu dititahkan oleh Baginda selepas mengadakan pertemuan bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YBhg Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini, 16 April 2024.”

Rumput Zeon Zoysia yang kini sedia digunakan di NSBJ akan dipindahkan tempat bagi kegunaan lain.

“Rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh Baginda kepada Stadium Nasional sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City. Padang tersebut sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan-pasukan bola sepak negara. Allah Peliharakan Sultan,” ujar kenyataan The Royal Johor.

Advertisements

Sebelum ini, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM),Datuk Hans Isaac optimis untuk memastikan kualiti padang SNBJ sentiasa berada pada tahap terbaik dan bertaraf antarabangsa.

Penukaran rumput ini bagaimanapun masih belum ditentukan waktunya dengan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bakal berlangsung pada Jun 2024 menentang Chinese Taipei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram