Perancang tengah Johor Darul Ta’zim, Nazmi Faiz baru-baru ini terpaksa digugurkan daripada kem latihan skuad kebanggsaan kerana mengalami kecederaan bahagian pangkal paha.
Menurut DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ), baginda menjelaskan bahawa Nazmi Faiz dihantar semula ke pusat rawatan pemulihan JDT untuk rawatan lanjut.
Hal ini kerana difahamkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tiada pusat pemulihan khas untuk Nazmi terus melanjutkan rawatan di sana.
“Nazmi Faiz dihantar balik ke JDT untuk sesi pemulihan, kerana pasukan kebangsaan tiada ‘Recovery Centre’.
“Kini Nazmi sedang menjalani rawatan pemulihan,” kata TMJ dalam sesi pengumuman bersama Universal Music petang tadi di Facebook.
Baginda dalam pada itu memaklumkan bahawa beberapa pemain utama JDT turut mengalami kecederaan antaranya ialah Hong Wan, Safawi Rasid dan Afiq Fazail.
Kecederaan yang dialami bekas pemain Selangor ini bakal memberi kesan dibahagian tengah skuad kebanggsaan oleh kerana Nazmi ketika ini berada di prestasi yang terbaik.