Advertisements
“Fandi Brothers” Cipta Fenomena Di Singapura
Dunia
MakanBola
ilhanfa

Empat anak lelaki kepada lagenda bola sepak Singapura, Irfan, Ikhsan, Ilhan dan Iryan Fandi kini berada dalam kelas tersendiri apabila mereka masing-masing melebarkan sayap menceburi dunia permodelan.

Mewarisi perjalanan karier ibu mereka, Wendy Jacobs yang juga merupakan seorang model, ketampanan serta perwatakan menarik yang dimiliki anak-anak Fandi ini sentiasa menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, ‘Fandi Brothers’ telah dilamar menjadi model kepada koleksi terbaharu keluaran H&M iaitu Terry Style. Ikhsan, Ilhan dan Iryan tampil begitu segak menggayakan pakaian H&M.

Tidak ketinggalan, anak sulung Fandi dan anak perempuannya, Irfan Fandi dan Iman Fandi suatu ketika dahulu pernah menjadi muka majalah sebuah syarikat fesyen terkemuka di Singapura, iaitu Harpersbazaar.

Selain menjadi penyerang berbisa dan model ternama, Ikhsan juga beberapa kali dilihat menjadi duta kepada syarikat kosmetik dan kecantikan seperti Lab Series.

Ternyata, fenomena anak-anak Fandi ini bukan sahaja dalam arena bola sepak Singapura, malahan mereka turut berjaya menyesuaikan diri dalam bidang permodelan. 

Atas minat dan usaha, karakter yang dimiliki lima adik beradik ini pastinya akan membanggakan legasi Fandi Ahmad.

Ketika ini, Ilhan yang baru sahaja dipancing Albirex Niigata FC telah berjaya meledak gol pertama bersama pasukan sementara Irfan dan Ikhsan sedang menikmati musim indah di bumi Thailand bersama pasukan BG Pathum United.