Farizal Marlias Dinilai Paling Teruk Selepas JDT Dibelasah Urawa
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Langkah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC terhenti di pusingan 16 terakhir selepas dibelasah 5-0 oleh pasukan dari Jepun, Urawa Red Diamonds.

Disebalik kekalahan besar itu, JDT dikejutkan dengan kesilapan yang dilakukan oleh Farizal Marlias yang cuba merebut bola di udara namun tangannya tidak berjaya mendapatkan bola dan pengadil mengesan kekasaran yang dilakukan penjaga gol JDT itu terhadap pemain Urawa.

Kekasaran tersebut mengundang kepada sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Alexander Scholz seawal minit ke-7 perlawanan. Tinjauan yang dibuat kepada laman Sofascore, Farizal dinilai sebagai pemain yang paling teruk pada aksi menentang Urawa semalam.

Advertisements

Farizal dinilai dengan 5/10 ‘rating’ sahaja dan antara penyebab yang membuatkan rating itu menjadi teruk adalah beliau dibolosi dengan 5 jaringan selain melakukan kekasaran yang mengundang penalti buat Urawa.

Aksi Farizal semalam jelas sekali tidak seperti kebiasaannya dan sudah tentu Farizal mahu bangkit semula demi mendapatkan tempat dalam skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon yang dijadualkan akan menghadapi Kejohanan Persahabatan 4 Penjuru pada September nanti Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram