Farizal Marlias: Kami Mahu Pergi Lebih Jauh
Dunia
Johor Darul Ta’zim
Advertisements

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Marlias bakal menggalas satu tugasan besar mengetuai benteng terakhir JDT pada pertembungan esok hari. 

JDT bakal berdepan Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama bagi pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). 

Kapten JDT itu menjelaskan beliau dan rakan sepasukannya sudah tidak sabar untuk bermain dengan salah satu kelab terkemuka di Asia. Tambah Farizal, JDT sudah melakukan segalanya untuk mencapai sehingga ke peringkat ini. 

Advertisements

Penjaga gol yang berusia 36 tahun itu turut menegaskan bahawa JDT amat optimis untuk melangkah lebih jauh dalam kempen ACL kali ini.  

“Kami bekerja keras untuk mara ke peringkat ini tetapi kami mahu pergi lebih jauh. Kami tidak sabar untuk menentang Urawa,” kata Farizal.

Farizal pasti akan menjadi tonggak utama pasukan mengetuai benteng JDT. Khidmat penjaga gol kebangsaan ini akan terus ditagih bagi memastikan JDT berjaya membenam Urawa Red Diamonds pada esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram