Farizal Marlias Ketawa Sakan Melihat Kerenah Jordi Amat
Hiburan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Selain bermain bola sepak, kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias sememangnya diketahui mempunyai hobi lain iaitu bermain golf dan beliau pernah dihadiahkan set golf dari pemilik JDT, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim.

Baru-baru ini telah tular satu video yang memperlihatkan Farizal sedang mentertawakan aksi seorang lagi pemain JDT, Jordi Amat yang difahamkan baru berjinak-jinak mempelajari permainan golf.

Dalam video tersebut, Jordi Amat dilihat tidak berjaya memukul bola golf dalam pukulan pertama dan hanya memukul tanah. Jordi yang tidak mengalah, akhirnya berjaya memukul bola golf pada percubaannya yang kedua.

Advertisements

Selain Jordi Amat, pemain import JDT, Oscar Arribas juga tidak ketinggalan untuk sama-sama belajar bermain golf. Walaupun mereka beraksi baik di atas padang bola sepak, namun kedua-dua pemain import JDT itu dilihat sedikit kekok ketika bermain golf.

https://www.tiktok.com/@iceshort23/video/7249618650192268562?_r=1&_t=8dZETIXUisT

Video tersebut telah dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok, iceshort23. Video-video tersebut dipercayai diambil dari Instagram story Farizal Marlias. Selain Farizal, Jordi Amat dan Oscar, turut serta dalam aktiviti tersebut adalah seorang lagi import JDT, Juan Muniz.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram