Revolusi Fernando Forestieri Bawa Rencana Besar Héctor Bidoglio

Forestieri JDT 6 Revolusi Fernando Forestieri Bawa Rencana Besar Héctor Bidoglio
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Fernando Forestieri kini menjadi tulang belakang buat pasukan apabila memainkan peranan yang cukup penting ketika menewaskan Penang 6-1 semalam.

Bekas bintang Udinese ini turun dalam kesebelasan utama pasukan dan bergandingan bersama Bergson di bahagian serangan.

Walau bagaimanapun, perhatian tertumpu kepada peranan khas yang dimainkan oleh beliau di atas padang semalam.

Foresteri bukan sahaja terlibat untuk merencanakan serangan buat Harimau Selatan namun beraksi dengan cukup baik untuk mencipta peluang buat rakan sepasukan.

Bintang sensasi berusia 31 tahun ini bermula dengan cukup baik apabila berjaya membuat satu rembatan namun terkena tiang sebelum rembatan susulan Bergson membuka tirai jaringan.

Seterusnya, Forestieri mencetak nama selaku penjaring gol kedua pasukan  apabila beliau tidak dikawal rapi oleh pertahanan Penang FC.

Bekas pemain Watford FC ini mempunyai visi yang cukuo baik di atas padang untuk mencari rakan sepasukan yang berpeluang menjaringkan gol.


Hasilnya, kelincahan beliau untuk memerangkap pertahanan lawan sebelum

membuat satu hantaran kepada Arif yang meledak gol pertama peribadi.

Tidak terhenti di situ, keserasian beliau dan Arif terserlah apabila hantaran jauhnya disambut baik oleh bintang muda JDT itu sebelum menolak masuk untuk gol ke-4 pasukan.

Beliau juga tidak pernah meninggalkan tugasnya tatkala satu serangan balas pantas telah digagalkan apabila larian ‘track back’ pemain kelahiran Argentina ini menutup ruang buat Penang menjaringkan gol.

Beliau kini dilihat memainkan peranan yang lebih signifikan untuk memacu pasukan mara ke pentas akhir Piala FA.