Ads
Dunia
Johor Southern Tigers

Pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri terus membuktikan kecermerlangannya di pentas teringgi Asia (ACL) apabila menjadi watak penting buat pasukannya untuk mengatasi Ulsan dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Bekas bintang Udinese itu turun dalam kesebelasan utama dalam saingan ACL kali ini apabila mendapat kepercayaan Benjamin Mora untuk terus bergandingan bersama Bergson Da Silva.

Advertisements

Beliau tidak menunggu lama untuk memecahkan kebuntuan menentang jaguh dari Korea itu apabila mudah untuk meletakkan Harimau Selatan di hadapan.

Advertisements

Advertisements

Pemain berusia 32 tahun itu cemerlang untuk memanfaatkan kerapuhan benteng pertahanan Ulsan yang gagal mengekang kemaraannya untuk meletakkan JDT di hadapan seawal minit ketiga permainan.

Malah, teknik dan kemampuan yang baik dimiliki oleh pemain kelahiran Argentina ini jelas menyukarkan barisan pertahanan lawan untuk mengekang kemaraannya.

Advertisements

Forestieri terus menguji kekebalan gawang gol Ulsan menerusi beberapa percubaan yang dilancarkan dari luar kotak penalti.

Gandingan bersama Bergson di barisan serangan JDT jelas memberi mimpi ngeri buat lawan.

Beliau juga tidak memberi peluang kepada barisan serangan pasukan lawannya itu apabila seringkali turun untuk membantu pertahanan terutamanya Corbin Ong di bahagian kiri.

Advertisements

Impak yang cukup besar dibawa oleh Forestieri telah pun menghadiahkan satu mata berharga untuk membawa cabaran JDT dalam saingan tertinggi Asia ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram