Fernando Forestieri Tak Boleh Berhenti Jaringkan Gol
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri terus menjadi sandaran utama pasukan Harimau Selatan apabila menjadi watak penting pasukan semalam apabila membenam cabaran KL City FC dengan keputusan 3-0.

JDT yang berkunjung ke Cheras bagi menentang pasukan KL City FC nyata memberikan yang terbaik seawal minit pertama permainan.

Pemain kelahiran Argentina ini diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan pasukan bersama-sama penyerang,  Bergson Da Silva nyata menjadi duri dalam daging buat The City Boys.

Advertisements

Forestieri berjaya melakukan beberapa gerakan menarik seawal babak pertama permainan selain gandingan bersama Arif Aiman juga sukar digugat.

Bukan itu sahaja, bekas bintang Udinese ini membuktikan status dan kalibernya di hadapan gawang apabila tenang menjaringkan gol pertama JDT.

Hantaran jarak jauh yang dilakukan oleh pemain pertahanan, Syahmi Safari nyata membuahkan hasil apabila berjaya memerangkap Declan Lambert.

Advertisements

Forestieri yang setia menanti di bahagian kiri padang menerima bola tanpa sebarang tekanan sebelum melepaskan satu rembatan untuk menewaskan penjaga gol KL City, Kevin Mendoza.

Bukan itu sahaja, beliau terus memberi tekanan kepada barisan pertahanan KL City dengan larian-larian yang sering mengelirukan selain percubaan untuk menguji gawang gol tuan rumah.

Beliau yang mempunyai kebolehan teknikal yang berkualiti tinggi dilihat mudah untuk menewaskan barisan pertahanan lawan untuk mengatur gerak.

Advertisements

JDT terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga setelah menang kesemua perlawanan musim ini sambil Forestieri kembali mencatat nama selaku penjaring buat Harimau Selatan.

Gandingan mantap bersama Bergson Da Silva juga menyebabkan penyandang juara Piala Malaysia itu terpaksa berputih mata di halaman sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram