Fernando Forestieri Yakin JDT Tak Akan Terlena Dengan Kejayaan ‘Sementara’
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang pasukan Johor Darul ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mahu terus menjadi watak penting buat pasukan apabila mereka dijadualkan bertemu dengan Kawasaki Frontale malam esok.

Pemain berusia 32 tahun itu mahu membantu Harimau Selatan untuk melakar kemenangan ketiga berturut-turut dalam kejohanan ini sekaligus berpeluang untuk menjadi juara kumpulan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu pasukannya dibuai mimpi sebaliknya terus bekerja keras untuk merealisasikan hasrat besar ini.

Advertisements

Kawasaki Frontale yang juga merupakan pendahulu liga Jepun itu berada dalam satu kumpulan di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) sedang menikmati prestasi terbaik namun tetap yakin bahawa JDT bakal memberikan saingan sengit.

’Saingan ACL sememangnya sengit tatkala kami berdepan kelab-kelab ternama di Asia dan standard pemainan juga tinggi.’

‘Oleh itu kami harus serius dalam setiap perlawanan diharungi dan memberi yang terbaik untuk cipta kemenangan.’

Advertisements

Bintang kelahiran Argentina itu turut mengakui, kemenangan yang diperole ketika menentang Guangzhou FC dan juga Ulsan Hyundai menjadi tonik terbaik untuk meneruskan rentak cemerlang ketika bertemu pasukan kendalian Toru Oniki.

‘Ramai meletak kami bukan pasukan pilihan dan ia jelas tidak memberi tekanan sebaliknya membolehkan kami beraksi tanpa tekanan dan ia juga akan meningkatkan lagi motivasi kami tatkala berdepan pasukan lawan yang berstatus bintang.’

Malah, beliau turut yakin pasukan kendalian Benjamin Mora yang beraksi tanpa tekanan mampu melakar kejutan dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

‘Selepas menang dua perlawanan, kami akan berusaha cipta satu lagi kemenangan dan mengakhiri pusingan pertama dengan mata maksimum namun kami tidak boleh terlalu teruja menewaskan pasukan lawan sebaliknya perlu beraksi tanpa tekanan dan tidak membuat silap,’ -katanya kepada Arena Metro.

JDT kini mendahului saingan kumpulan I dengan 6 mata selepas dua perlawanan sekaligus berada pada posisi yang terbaik untuk meneruskan rentak terbaik ini.

Forestieri yang sudah menjaringkan 2 gol sudah pasti mahu menambah koleksi jaringannya pada malam esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram