Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Rodriguez tidak menunggu lama untuk meledak gol pertama buat kelab barunya, Persis Solo.
Pemain berusia 35 tahun ini diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan menjadi wira Persis Solo apabila gol tunggal tersebut merupakan kemenangan pertama bagi saingan Liga Indonesia.
Gol tersebut terhasil menerusi sepakan percuma dan bola ditanduk oleh rakan sepasukannya terkana kepala beliau dan masuk ke gawang gol.
Persis Solo kini berada di tangga ke-15 dalam Liga selepas meraih kemenangan pertama dan tewas empat kali sebelum ini.
Untuk rekod, ini merupakan penampilan kedua buat Fernando Rodriguez dalam kesebelasan utama saingan Liga Indonesia musim ini.