Advertisements
FIFA Kongsi Kisah TMJ Buka Pintu Hati Dion Cools Buat Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
JST/Dion Cools

Laman FIFA berkongsi kisah pertahanan kental Malaysia, Dion Cools yang menerima satu panggilan telefon daripada DYAM TMJ sekaligus membuka pintu hatinya untuk beraksi buat Harimau Malaya.

Perkara ini dikongsikan oleh anak kelahiran Kuching, Sarawak kepada laman Fifa.com terhadap bagaimana perjalanannya untuk sampai ke Malaysia bermula.

Pemain berusia 27 tahun itu melakukan debut pada tahun 2021 dan terus menjadi pilihan utama untuk mengemudi benteng pertahanan negara sehingga kini.

Setelah berkelana hampir belasan tahun dalam kancah bola sepak Eropah termasuklah kelab terakhirnya iaitu FK Jablonek di Republik Czech, Dion akhirnya membawa haluan baharu ke Thailand bersama Buriram United.

Mengulas lanjut, beliau berkongsikan detik bagaimana mula hatinya bertaut untuk menyahut seruan daripada DYAM TMJ bagi mewakili Malaysia.

Ketika itu berusia 24 tahun, Cools masih belum menerima pengiktirafan senior dari Belgium tatkala beliau mengakui skuad itu lebih sukar untuk mendapat tempat berbanding dengan negara kelahirannya.

Walau bagaimanapun, bekas bintang Club Brugge itu tetap menyayangi Malaysia dan tidak pernah menutup pintu itu.

“Saya selalu memberitahu ibu dan ayah saya bahawa ia bukan jawapan yang muktamad bagi saya untuk mewakili Belgium.”

“Sudah tentu, perbezaan kedudukan(ranking) antara Belgium (dan Malaysia) menjadi perkara yang besar. Belgium pernah menjadi nombor satu di dunia namun rasa cinta terhadap bola sepak Malaysia, peminat dan seluruh negara (Malaysia) amat besar.”

Hasrat DYAM TMJ untuk menjadikan bola sepak Malaysia semakin kuat menyebabkannya membuka hati untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

“Satu panggilan telefon kepadanya (Cools) yang tiba-tiba datang daripada Putera Mahkota Johor (Tunku Ismail Idris) dan menjelaskan bahawa baginda cuba untuk menjadikan pasukan kebangsaan hebat semula, kerana mereka masih di bawah pada ketika itu,” ujar Cools kepada FIFA.

“Ia bukanlah satu keputusan yang sukar untuk ditentukan kerana saya mahu bermain untuk Malaysia. Saya agak tertarik dengan penjelasannya (TMJ). Itulah saat di mana saya memutuskan, ‘Ok, sekarang saya akan bermain Malaysia’”.

Cools mula melakukan debut pada tahun 2021 ketika membantu Malaysia menentang UAE dan kini mnantu Harimau Malaya mengharungi kempen Piala Asia 2023 di Qatar.