AFC Asian Cup: Perbezaan Jordan & Malaysia Menurut Dion Cools
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools memberitahu bahawa terdapat perbezaan antara skuad negara menjelang pertemuan dengan pasukan ke-87 dunia, Jordan.

Aksi pembukaan Piala Asia 2023 menyaksikan anak didik Kim Pan-gon berdepan misi besar untuk menamatkan rekod buruk berdepan pasukan Timur Tengah itu.

Pemain berusia 27 tahun itu optimis untuk menggunakan sepenuhnya pengalaman beliau bagi membantu Malaysia meraih 3 mata pada aksi pembukaan Kumpulan E di Qatar.

Advertisements

“Secara peribadi, saya berada pada tahap 100%. Saya sudah melepasi separuh musim di Thailand jadi tiada masalah dari segi fizikal. Bagus juga untuk pasukan untuk berehat sebentar (sebelum kejohanan). Jadi ya, saya sudah bersedia untuk bermain semua perlawanan dan turun ke atas padang.”

Cools melihat antara perbezaan besar skuad negara dan Jordan adalah dari segi saiz dan kelajuan pemain Harimau Malaya.

Advertisements

“Tidak, kita juga ada pemain berkualiti, pantas dan lincah. Ya, mereka mungkin lebih tinggi dan kuat berbanding kita. Mereka ada pemain berkualiti, kita juga ada pemain berkualiti. Jadi, saya tak terlalu bimbang tentang hal berkenaan.”

“Sudah tentu mereka lebih tinggi daripada kita. Akan tetapi kadangkala secara peribadi bukan senang nak menentang pemain yang lebih rendah. Kita boleh gunakan (saiz fizikal) kita sebagai kelebihan juga, jadi itu takkan jadi satu masalah.”

Advertisements

Cools juga menyatakan pendiriannya untuk menggunakan segala kudratnya bagi membantu Malaysia mencatatkan kemenangan.

“Sudah tentu, saya akan lakukan apa saja untuk pasukan untuk memenangi perlawanan. Ini satu pencapaian hebat jika kita berjaya layak ke pusingan seterusnya. Dan saya percaya pasukan kita boleh melakukannya.”

Advertisements

“Kita percaya kita boleh melakukannya dan itu perkara paling penting. Saya akan lakukan apa saja, saya akan berlari dan berlawan untuk pastikan kita memenangi perlawanan,” ujarnya kepada FAM.

Malaysia akan membuka tirai berdepan Jordan pada 16 Januari 2024 jam 1:30 pagi dengan misi meraih 3 mata pertama di Qatar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram