FIFA Luluskan 5 Pemain Warisan Baharu Malaysia
MakanBola
Malaysia NT/FAM

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah meluluskan 5 pemain warisan baharu Harimau Malaya.

Skuad kendalian Peter Cklamovski menerima tonik tambahan tatkala bakal berdepan Vietnam pada 10 Jun ini.

Malaysia bagaimanapun menyambut kehadiran 5 pemain warisan baharu yang bakal menambah kekuatan pasukan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini dalam satu kenyataan mengesahkan baahwa kehadiran muka baharu ini telah mendapat kelulusan badan induk bola sepak dunia itu dan melalui proses secara sah.

 “FAM ingin memaklumkan bahawa kelima-lima pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya telah mendapat kelulusan daripada FIFA dan boleh beraksi menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

“Dengan ini Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado bakal membuat penampilan sulung bersama skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski pada perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi itu,” ujar kenyataan FAM.

Ujian penting buat Harimau Malaya apabila bakal berdepan Vietnam pada aksi kedua kumpulan pada Selasa, 10 Jun jam 9.00 malam.