Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah pun meluluskan kira-kira hampir RM40 Juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai menerusi Program Pembangunan FIFA Foward antara tahun 2016-2022.

Menerusi satu laporan oleh FIFA Foward Global, badan induk tersebut telah meluluskan kira-kira 78.6 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu sekitar 9.9 Juta USD (RM45 Juta) kepada Malaysia.

“FAM menjalin kerjasama dengan Program FIFA Forward memastikan bahawa pemain bola sepak negara mendapat kemudahan latihan terbaik di ibu pejabat FAM (Wisma FAM).”

Advertisements

“Lebih RM2.6 Juta (560Ribu USD) dana FIFA Forward telah digunakan untuk pemasangan padang rumput, menaik taraf lampu limpah dan menyediakan bangku untuk pemain dan pegawai.”

“Kerja-kerja ini bermula pada 2019 dan siap tepat pada masanya untuk pasukan B-15 lelaki Malaysia menguji permukaan rumput baharu pada Julai tahun itu selain lampu pencahayaan bertaraf tinggi juga sudah pun disiapkan,” ujar FIFA.

Butiran mengenai perincian wang yang disalurkan kepada FAM itu menunjukkan lebih 2.5 Juta USD (RM11 Juta) diperuntukkan bagi pengurusan dan tadbir urus sementara RM7 Juta digunakan untuk infrastruktur dengan 1.3Juta USD (RM6 Juta) bagi menampung kos pelaksanaan pertandingan.

Advertisements

Inisiatif bola sepak wanita negara pula menerima kira-kira 700 ribu USD (RM3 juta) dengan lain-lain perbelanjaan seperti 1.5 Juta (RM7 Juta) bagi kegunaan seperti pembangunan kapasiti, perbelanjaan peralatan dan lain-lain dua kitaran pertama program antara 2016-2022.

FIFA juga memaklumkan bahawa badan tersebut telah meluluskan 8 projek di Malaysia yang menelan perbelanjaan sekitar 2.1Juta USD (RM9 Juta).

Copy of Untitled Design 2 FIFA Luluskan Hampir RM40 Juta Buat Bola Sepak Malaysia

Laporan FIFA Foward juga menyatakan berkenaan kira-kira 2.8 bilion USD (RM12 bilion) pelaburan dalam 211 persatuan anggotanya termasuklah dalam konfederasi dan pelbagai persatuan zon/serantau sebagai usaha bagi meningkatkan pembangunan bola sepak di wilayah mereka di bawah program yang dilancarkan pada Mei 2016.

Advertisements

FIFA juga berhasrat untuk menyediakan lebih RM37 juta bagi projek pembangunan bermula tahun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram