JDT Berpeluang Buat Kemunculan Di Piala Kelab Dunia FIFA 2025
Asia
Johor Southern Tigers/FIFA
Advertisements

Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang untuk meraih slot untuk beraksi di pentas Piala Kelab Dunia FIFA tahun 2025.

Menerusi satu kenyataan oleh FIFA, Majlis FIFA telah bermesyuarat menjelang separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2023 di Jeddah, Arab Saudi, dan mengambil keputusan penting berhubung dengan 32 pasukan pertama Piala Dunia Kelab FIFA.

Kejohanan akan berlangsung di Amerika Syarikat pada 2025 itu diperkenalkan semula dengan nama Mundial de Clubes FIFA dan akan menampilkan kelab dari setiap enam konfederasi.

Advertisements

Majlis juga telah sebulat suara mengesahkan kaedah kedudukan kelab untuk digunakan bagi menentukan pasukan yang layak untuk mara ke kejohanan tersebut.

Hal ini bermaksud pertandingan ini akan disertai kelab-kelab dari UEFA (12), CONMEBOL (1), CAF (4), CONCACAF (4), AFC (4) dan sebuah kelab dari negara tuan rumah.

Kejohanan ini juga difahamkan akan menggunakan format yang sama seperti Piala Dunia Qatar 2022 dengan 32 pasukan akan dibahagikan kepada 8 kumpulan.

Advertisements

Setiap kumpulan akan diisi oleh 4 pasukan dengan aksi peringkat kumpulan akan dilangsungkan secara liga sepusingan (single round-robin) dan dua kelab yang muncul juara dan naib juara kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Hanya satu perlawanan (single round-robin) akan digunakan bermula pusingan 16 sehingga ke perlawanan akhir dengan tiada penentuan tempat ke-3 bakal diadakan.

Laman FIFA pula meletakkan nama JDT sebaris dengan jaguh Asia yang lain susulan pasukan itu berada di tangga ke-11 di AFC dengan 38 mata.

Advertisements

Wakil dari Asia yang dinilai berdasarkan aksi di ACLE memiliki 4 slot dengan dua daripadanya telah disahkan iaitu Al-Hilal dan Urawa Reds dengan status selaku juara bertahan.

Terdapat satu lagi slot yang boleh direbut oleh JDT iaitu pada tahun 2024/25 susulan wakil Malaysia itu telah tersingkir dari saingan berprestij Asia musim ini.

Pencapaian yang dilakukan oleh Harimau Selatan ini telah membuka mata ramai pihak tentang potensi kelab Malaysia untuk membawa cabaran Asia ke pentas kelab dunia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram