Kejayaan JDT Tarik Perhatian Media British
Eropah
Azri/MakanBola
Advertisements

Kejayaan gemilang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah menarik perhatian salah sebuah media di British susulan persembahan mengagumkan sepanjang dua musim terakhir.

Pasukan bimbingan Tano Solari melengkapkan koleksi trofi keempat musim ini selepas menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 3-1 pada pentas akhir Piala Malaysia 2023.

Kemenangan itu membolehkan Harimau Selatan berada pada pencapaian terbaik dan menjulang ‘double quadruple’ sekaligus meletakkan pasukan pada tahap tertinggi dalam arena bola sepak Malaysia hasil kerja keras DYAM TMJ sejak sedekad lalu.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian oleh media British, BBC.Com, pemain tengah JDT, Hong Wan telah menceritakan sisi kejayaan menarik tentang kelab yang mempunyai visi dan misi yang jelas di Malaysia iaitu JDT.

Pemain berusia 23 tahun ini menyertai JDT pada tahun 2021 kini menjadi tulang belakang pasukan untuk meraih kesemua trofi domestik musim ini.

Advertisements

Bekas pemain Wolverhampton Wonderes itu juga mengakui beliau terkejut pada mulanya untuk menyaksikan bakat yang dimiliki oleh para pemain yang berada di JDT.

“Saya rasa apabila anda berada di England, anda agak kurang tahu tentang kualiti di mana-mana tempat lain. Saya terpaksa menyesuaikan diri dengan cepat, saya tidak boleh masuk dan bermain dengan muda di England,” katanya.

Advertisements

“Bola sepak Malaysia benar-benar bagus, terutamanya di Johor. Sungguh mengejutkan betapa banyak kualiti yang ada pada pemain-pemain ini, dan pasukan kebangsaan sedang mendaki ranking terbaik. Ini juga adalah masa yang baik untuk bola sepak Malaysia.”

Beliau juga menerima pengajaran terbaik daripada rakan sepasukan yang juga pernah berkelana di England seperti bekas pemain pertahanan Swansea Jordi Amat, bekas pemain Millwall Shane Lowry dan bintang Watford Fernando Forestieri, salah seorang penjaring terbanyak Liga Super Malaysia.

Advertisements

Hong Wan juga menganggap perpindahan beliau ke JDT adalah sesuatu yang paling indah dan tepat yang dilakukannya dalam karier beliau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram