Kejayaan Berganda JDT ‘Buka Mata’ AFC
Asia
Azri/MakanBola
Advertisements

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menzahirkan penghargaan terhadap kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengekalkan mahkota kejuaraan 4 trofi musim ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan anak buah Tano Solari merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC untuk menjulang Piala Malaysia 2023.

Hal ini menyaksikan Harimau Selatan meraih 4 tori selepas mengesahkan kemenangan bagi Piala Sumbangsih, Piala FA dan juga Liga Super musim ini.

Advertisements

Menerusi satu hantaran di laman AFC, mereka sempat merakamkan penghargaan kepada pasukan milik DYAM TMJ sekaligus membuka mata Asia tentang keupayaan JDT.

“Perisai Komuniti ✅, Liga Super ✅, Piala FA ✅ & Piala Malaysia ✅.”

” JDT 2023 telah dilengkapkan dengan empat kali ganda kejuaraan domestik yang belum pernah terjadi sebelumnya! Mengagumkan,” ujar AFC.

Advertisements

Kejayaan ini memastikan skuad Harimau Selatan merakamkan 8 trofi yang dimenanginya pada tahun lalu.

JDT bagaimanapun masih memiliki satu lagi perlawanan getir apabila bakal menetang BG Pathum United bagi aksi terakhir Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram