Dunia
Getty Images
Advertisements

Skuad kebangsaan Filipina telah mengumumkan senarai 25 pemain yang bakal menghadapi aksi persahabatan bertemu Malaysia dan Singapura kelak. Malah Filipina turut memanggil pemain bintang Bundesliga yang beraksi bersama kelab Vfl Bochum, Gerrit Holtmann buat pertama kalinya.

Advertisements

Pemain berdarah German-Filipina ini berusia 26 tahun dan beraksi dibahagian sayap kiri pasukan. Sebelum ini Holtmann pernah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Jerman Bawah 20 Tahun pada tahun 2015 sebanyak 5 penampilan menurut data Transfermarkt.

Holtmann beraksi cemerlang bersama Bochum apabila berjaya merekodkan 4 gol dan 6 bantuan jaringan dalam 22 penampilan Bundesliga dalam musim ini. Bochum merupakan pendatang baharu Bundesliga apabila muncul juara 2.Bundesliga bagi musim 2020/2021. Holtmann bermain untuk kelab Mainz sebelum menyertai Bochum pada tahun 2020.

Advertisements

Holtmann turut meraih perhatian sewaktu membantu Bochum menewaskan gergasi Bundesliga, Bayern Munich dengan jaringan 4-2. Malah Holtmann turut menjaringkan gol cantik dalam perlawanan tersebut.

Gerrit Holtmann bakal memperkuatkan barisan serangan pasukan Filipina buat kali pertama bagi perlawanan menentang Malaysia dan Singapura kelak.

Advertisements
Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram