Ads
Filipina Merendah Diri, Anggap Indonesia Antara Pasukan Terkuat Di Asia
Asia
Philippines FF

Jurulatih Filipina, Tom Saintfiet menganggap lawannya, Indonesia sebagai pasukan pilihan menjelang pertemuan kedua-dua negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa.

Advertisements

Kedua-dua pasukan pastinya mahu bangkit setelah tewas dalam aksi terdahulu kepada Iraq dan Vietnam dengan kemenangan pastinya menjadi misi mustahak buat Sang Garuda bagi memastikan tempat ke peringkat seterusnya.

Advertisements

Ketika sidang media pra perlawanan pada Isnin, Saintfeit yang membimbing Filipina sejak Februari lalu memuji skuad Indonesia yang dilihat antara pasukan terbaik di Asia dengan prestasi yang mengagumkan belakangan ini.

Advertisements
Advertisements

”Indonesia adalah lawan terakhir kami (Filipina) di peringkat kumpulan, bagi kami mereka adalah salah satu kuasa bola sepak di Asia” katanya menurut laporan CNN Indonesia.

Tambah Saintfeit lagi, beliau beruntung mempunyai peluang untuk menguji skuad Indonesia di bawah bimbingan Shin Tae-yong yang merupakan kenalannya sebelum ini.

Advertisements

“Ini negara yang hebat, saya mengenali jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia sebelum ini dan saya gembira menjadi jurulatih untuk menghadapi pasukan kebangsaan Indonesia,” tambah jurulatih kelahiran Belgium itu.

Beliau turut meluahkan kekecewaan apabila skuad kendaliannya sudah tersingkir dalam persaingan untuk mara ke pusingan seterusnya setelah tumpas dalam lima aksi sebelum ini termasuklah kekalahan tipis kepada Vietnam minggu lalu.

“Esok adalah perlawanan terakhir untuk kami dalam Kelayakan Piala Dunia. Sungguh menyedihkan kami terkeluar daripada pertandingan ini, tetapi kami tidak sabar menunggu perlawanan esok.”

Advertisements

Filipina dan Indonesia akan berentap dalam aksi terakhir peringkat kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno dengan sepak mula jam 8.30 malam waktu tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram