Pertembungan pentas akhir Piala AFC Zon ASEAN yang melibatkan wakil serumpun, Kuala Lumpur City FC dan juga PSM Makassar bakal berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.
PSM Makassar yang juga wakil tunggal Indonesia berjaya melangkah ke final selepas menewaskan pasukan dari Malaysia, Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 2-1.
Pada hari ini, satu lagi pertembungan wakil Malaysia iaitu KL City turun dengan motivasi terbaik untuk mencipta kemenangan menerusi sepakan penalti selepas terikat 0-0 sepanjang 90 minit permainan.
Walau bagaimanapun, aksi final yang dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos nanti bakal bersiaran secara rasmi dari Malaysia.
Keputusan penentuan venue ini hakikatnya sudah ditentukan lebih awal berdasarkan undian yang telah dibuat sebelum ini.
Ini juga nyata memberi kelebihan yang cukup besar buat wakil tunggal negara itu selain beraksi di gelanggang sendiri menjadi kunci utama buat anak didik Bojan Hodak untuk menjadi juara.
Perlawanan ini juga seakan ulangan disebabkan mereka berada dalam satu kumpulan sebelum ini.
Pasukan yang berjaya mencatat nama selaku juara bakal mara ke pusingan 8 pasukan terbaik selaku juara zon ASEAN.