Selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) menangguhkan saingan Piala Malaysia pada 9 November lalu berikutan pelaksanaan PKPB, Malaysia Football League akhirnya membatalkan kejohanan tersebut.
Hal ini selepas rayuan MFL terhadap MKN ditolak dan kata sepakat dicapai dalam satu mesyuarat khas untuk membatalkan saingan Piala Malaysia 2020.
Menurut FML lagi, rata-rata pemain akan tamat kontrak pada akhir bulan November dan jikalau Piala Malaysia masih ditangguhkan, ini akan memberi masalah kepada semua pasukan berikutan perubahan kos dan perancangan.
Disebabkan pembatalan Piala Malaysia, Terengganu FC akhirnya mendapat slot untuk Piala AFC 2021 setelah berjaya menduduki tempat ketiga Liga Super 2020.
Semoga kita semua terus mematuhi SOP dan bersama kita mencegah pandemik Covid-19 ini.