Dunia
Advertisements

Peningkatan kali kedua kes positif Covid-19 di Malaysia sekali lagi menyebabkan industri bola sepak tempatan kembali menjadi tanda tanya ramai pihak. Penganjuran Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung tidak kurang 2 minggu lagi mungkin akan berubah wajah lagi.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini telah mengubah format Piala Malaysia 2020 kepada format kalah mati. Penganjuran kali ini juga bermula lebih lewat apabila ditunda kepada tarikh 6 November 2020 dengan pengundian dijadualkan pada 1 November ini.

Namun disebabkan peningkatan mendadak kes positif Covid di Malaysia, ada pihak yang yang mencadangkan agar MFL menganjurkan Piala Malaysia seperti sebuah karnival menurut laporan Harian Metro.

Advertisements

Hal ini merujuk kepada bilangan kes di Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan yang sedang meningkat. Malah kawasan yang diumumkan ‘Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat’ juga tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti melibatkan kontak secara fizikal.

Ini sekaligus merencatkan lagi penganjuran Piala Malaysia kerana pasukan dari Sabah, Selangor, Melaka dan Kedah mungkin tidak dapat beraksi di laman sendiri sekiranya PKPB dilaksanakan.

maxresdefault 1 Format Penganjuran Piala Malaysia 2020 Bakal Berubah Lagi?
JDT merupakan juara bertahan Piala Malaysia

Menurut cadangan pengerusi tertinggi sebuah persatuan itu lagi, menganjurkan Piala Malaysia di sebuah tempat yang memiliki risiko rendah kes positif Covid-19 adalah jalan yang terbaik untuk semua pihak.

Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menyatakan bahawa beliau menyambut baik cadangan tersebut namun jadual Piala Malaysia masih berjalan seperti biasa buat masa sekarang.

Terdapat juga segelintir penyokong yang meluahkan kegusaran sekiranya Piala Malaysia diteruskan dan mencadangkan agar Piala Malaysia tahun ini dibatalkan kerana berlakunya peningkatan kes.

Namun ini semua bergantung kepada MFL dalam melakukan keputusan sama ada Piala Malaysia 2020 bakal berubah format penganjuran ataupun akan dibatalkan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram