Frank Bernhardt Dapat Tawaran Timur Tengah
MakanBola
TRW Kelantan FC

Bekas pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt kini dalam fasa rundingan dengan beberapa kelab di Timur Tengah selepas meninggalkan pasukan Pantai Timur itu pada akhir Jun lepas.

Perkara ini disahkan sendiri oleh ejen jurulatih Jerman itu, Sherif Ahmed Mostafa. Sherif turut mendedahkan Bernhardt masih lagi berada di Malaysia sementara menimbang tawaran yang bersesuaian buat dirinya.

Ad
Advertisement

Coach Frank (Bernhardt) (pernah) melatih pasukan kebangsaan, cemerlang (pernah) melatih UiTM. Beliau pergi ke Kelantan, beliau tidak mengalami situasi yang baik ketika itu. (Tapi) semuanya bagus untuk beliau dan semua pemain yang berada di sana.

Ad

“Kita ada makan tengah hari bersama dan beliau sendiri menetap di hotel. Mengikut perancangan, beliau sepatutnya pulang ke kampung halaman pada minggu lepas tetapi ia ditangguhkan kerana ada mendapat tawaran dari Myanmar.

Advertisement

“Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan syarat dan terma (yang ditawarkan). Beliau sedang melihat peluang di negara-negara lain (Timur Tengah),” katanya bila ditemubual Nadi Arena semalam.

Bernhardt pernah melatih skuad B-23 Malaysia dari 2015 hingga 2017. Beliau juga pernah dilantik sebagai pengarah teknikal skuad kebangsaan Azerbaijan dan pernah melatih skuad B-21 Estonia.

Ad
Advertisement

Ad