French Open: Juara Dunia Tunjukkan Jalan Keluar Kepada Aaron Chia & Wooi Yik
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa menelan kepahitan apabila tersingkir di peringkat suku akhir French Open 2024.

Ini selepas mereka disingkirkan oleh juara dunia beregu lelaki 2023 dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae.

Kedua-dua regu memiliki rekod 2-2 dari segi rekod pertemuan. Min-hyuk-Seung-jae berjaya menewaskan juara dunia beregu lelaki 2022 itu dua kali iaitu di BWF World Championship 2023 dan Malaysia Open 2024.

Advertisements

Manakala Aaron-Wooi Yik pula berjaya mengatasi regu lelaki nombor dua dunia itu dalam acara berpasukan Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China dan China Open 2023.

Set pertama menyaksikan kedua-dua regu saling bersaing mendapatkan mata. Bagaimanapun, Min-hyuk-Seung-jae lebih unggul dengan meraih kemenangan 21-19.

Set kedua menyaksikan Aaron-Wooi Yik mendahului pada peringkat awal. Bagaimanapun, Min-hyuk-Seung-jae berjaya mengejar sebelum meraih kemenangan 21-16.

Advertisements

Regu handalan Korea Selatan itu bakal menanti sama ada regu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty atau regu Thailand, Supak Jomkoh dan Kittinupong Kedren.

Kedua-dua regu ini bakal berentap dalam satu lagi aksi suku akhir bagi menentukan siapa menjadi lawan Min-hyuk-Seung-jae di separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram