Gaduh Besar Sampai Dalam Terowong, Pemain Atletico Madrid Tak Boleh Terima Kekalahan
Dunia
AZRORGANIZATION
Advertisements

Perlawanan suku akhir kedua UEFA Champions League yang menemukan antara Manchester City dan Atletico Madrid berkesudahan tanpa apa-apa jaringan. Bagaimanapun, Manchester City berjaya layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menyingkirkan Atletico Madrid 1-0 secara agregat.

Pemain Atletico Madrid dilihat tidak boleh menerima kenyataan di mana pasukannya kalah sekaligus menimbulkan pergaduhan besar sampai ke dalam terowong pemain menuju ke bilik persalinan di Stadium Wanda Metropolitan pada awal pada tadi.

Dalam perlawanan tersebut, pada babak-babak akhir permainan minit ke-90, situasi dilihat amat tegang apabila pemain Atletico bercakaran dengan pemain Manchester City ketika di dalam padang.

Advertisements

Perkara itu juga telah mencetuskan situasi panas ketika pemain dibangku simpanan dan staff kejurulatihan kedua-dua pasukan.

Bukan itu sahaja, pemain Atletico Madrid, Savic turut dianggap watak utama dalam pertelingkahan tersebut kerana dilihat telah menanduk kepala Raheem Sterling selain menarik rambut Jack Grealish dari belakang sekaligus dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Rakaman daripada televisyen kemudianya menunjukkan bagaimana aksi panas dalam terowong yang membabitkan pemain kedua-dua pasukan dan ada dua pemain yang berusaha untuk menenangkan keadaan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram