Gareth Bale Akan Dijual Real Madrid Januari Ini
Transfer
Denis Doyle/Getty Images
Advertisements

Mengikut beberapa laporan akhbar Sepanyol, Gareth Bale merupakan sebahagian daripada enam orang pemain Real Madrid yang akan dijual pada musim perpindahan Januari 2022. Selain Bale, Luka Jovic, Mariano Diaz, kapten Marcelo, Eden Hazard dan Isco turut berada dalam senarai sama.

Pemain Wales itu kali terakhir beraksi bersama Los Blancos ialah pada Ogos lepas. Dengan gaji sebanyak £600,000 seminggu, Real tiada keinginan untuk menyambung kontrak Bale yang berakhir pada penghujung musim 2021/2022. Sebelum ini, Bale pernah beraksi secara pinjaman bersama Tottenham Hotspur pada musim lepas.

Sejak menyertai kelab pada 2013 dari Spurs, Bale membantu Los Blancos menjulang pelbagai kejuaraan di peringkat domestik mahupun benua. Ini termasuk meraih Liga Juara-Juara Eropah sebanyak empat kali.

Advertisements

Selain Bale, Isco juga berdepan nasib sama disingkirkan dari Bernabeu. Malah, mengikut laporan akhbar Marca, kedua-duanya merupakan calon utama pemain yang akan dijual Januari ini. Sama seperti Bale, kontrak pemain tengah Sepanyol itu akan tamat pada akhir musim.

Bagi empat lagi pemain, mereka disenaraikan atas sebab berbeza. Bagi Diaz dan Jovic, kedua-duanya gagal membuat impak berkesan sebagai penyerang Los Blancos selepas menyertai kelab dari Olympique Lyon dan Eintracht Frankfurt. Seperti Bale, Jovic menghabiskan separuh kedua musim di kelab lamanya musim lepas. Dengan Karim Benzema dijangka akan terus menjadi pilihan Carlo Ancelotti, maka molek bagi kedua-duanya berpindah demi kebaikan karier mereka.

Bagi Hazard pula, beliau berdepan masalah kecederaan dan kemerosotan prestasi selepas menyertai Real Madrid pada Mei 2019. Dengan Piala Dunia 2022 Qatar bakal menjelang dalam tempoh kurang setahun, pemain sayap Belgium itu pasti tidak mahu digugurkan daripada pasukan kebangsaan. Antara kelab yang mengintai khidmatnya ialah Newcastle United.

Advertisements

Bagi Marcelo pula, faktor usia dan prestasi tidak konsisten mendorong Real meletakkannya dalam senarai pemain yang akan dijual. Slot bek kiri yang selalu diisi beliau kini diambil alih oleh Ferland Mendy. Seperti Bale dan Isco, kontraknya juga akan tamat pada akhir musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram