Giancarlo Gallifuoco Kongsi Detik Indah Bersama Harry Kane Dalam Satu Pasukan
Inspirasi
KL City FC & England NT
Advertisements

Bek tengah Australia, Giancarlo Gallifuoco tidak pernah lupa detik indah yang dikongsi bersama bekas rakan sepasukan di Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Walaupun dikenali sebagai orang besi KL City FC, Gallifuoco pernah beraksi dalam sukad remaja Spurs bersama Kane satu ketika dahulu.

Menerusi satu perkongsian dengan Astro Malaysia, bekas bek tengah Melbourne Victory itu mengakui peledak berbisa England itu pada awalnya memiliki kekurangan dari segi kepantasan dan tidak kuat dari segi fizikal.

Advertisements

Semua kelemahan ini mendorong Kane bersungguh-sungguh memperbaiki setiap aspek kelemahannya baik dari segi fizikal, mental mahupun teknikal.

Dan Gallifuoco percaya kesungguhan rakan lamanya itu menjadikan beliau sebagai antara peledak yang digeruni buat Bayern Munich dan skuad kebangsaan England.

“Anda tahu beliau (Harry Kane) seorang yang normal. Saya selalu katakan gurauan ini setiap masa disebabkan kejayaan beliau.

Advertisements

“Saya masih ingat salah satu latihan pertama saya dengan beliau, beliau berkata, ‘Anda sajalah ke depan sebab anda banyak menjaringkan gol daripada saya.’ Dan sekarang saya katakan beliau penyerang England paling berjaya sepanjang zaman.

“Satu perkara tentang dirinya (ketika itu), beliau seorang yang perlahan dan tidak kuat. Tapi beliau akan berada (lama sedikit) di pusat latihan selepas tamat setiap sesi latihan.

“Dengan beg bola, beliau akan berlatih menjaringkan gol, berlatih di gimnasium dan berlatih teknik satu lawan satu. Dan saya percaya sekiranya anda berusaha bersungguh-sungguh, anda akan lebih bertuah nanti,” katanya.

Advertisements

Sepanjang bersama Spurs, Kane telah merekodkan 430 penampilan berdasarkan data Transfermarkt. Tempoh tersebut menyaksikan beliau menjaringkan 278 gol dan 64 bantuan gol.

Selepas menyertai Bayern dengan yuran perpindahan €100 juta (RM514 juta) pada musim panas lepas, beliau kini telah meledakkan 24 gol dalam 21 perlawanan musim ini.

Video Penuh: Giancarlo Gallifuoco Kagum Dengan Kesungguhan Harry Kane

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram