Giliran Bahrain Malukan Filipina
Asia
The Azkals
Advertisements

Pasukan kebangsaan Filipina terpaksa akur dengan kekuatan Bahrain apabila perlawanan sengit itu berakhir dengan kekalahan tipis 1-0 di gelanggang lawan.

Aksi yang berlangsung di Stadium Al Khalifa itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.

Filipina membariskan bintang utama seperti Neil Etheridge, Bienve Maranon, Patrick Reichelt dan Mike Ott dalam kesebelasan utama dengan misi memburu mata penting FIFA.

Advertisements

Gol tunggal yang dijaringkan oleh Ibrahim Al-Khatak pada minit ke-16 sudah cukup untuk memastikan kemenangan menjadi milik Bahrain.

Kemenangan itu menyaksikan Filipina terlepas peluang untuk meraih tambahan +3.35 mata FIFA sekaligus menjadikan kedudukan mereka berada di tangga ke-135 dunia.

Advertisements

Sebelum ini, pasukan bimbingan Michael Weiß berjaya merekodkan kemenangan berdepan Kyrgyzstan dengan keputusan 1-0 dalam satu aksi tertutup.

Malaysia bagaimanapun dijangka masih berada pada kedudukan lebih baik berbanding Filipina sungguhpunn tewas kepada Tajikistan pada aksi final Pestabola Merdeka 2023.

Advertisements

Filipina mencatatkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan dalam 5 aksi terakhir pasukan.

Bahrain pula bakal menjadi lawan Harimau Malaya pada Piala Asia 2024 dengan Korea Selatan dan Jordan merupakan dua lawan berikutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram