Giliran Syafiq Ahmad Resahkan Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Giliran peledak Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad memberi keresahan kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama menentang Perak di Stadium Darul Aman sebelum melangkah ke kem latihan kebangsaan.

Beliau membentuk gandingan mantap bersama Sony Norde dan juga Milos Gordic untuk mengemudi jentera serangan pasukan.

Advertisements

Khabar buruk melanda kem Sang Kenari apabila pemain pinjaman JDT itu terpaksa dikeluarkan pada awal babak kedua permainan susulan kecederaan.

Beliau kelihatan mengerang kesakitan dan memegang bahagian hamstringnya susulan pertembungan dengan pertahanan The Bos Gaurus.

Advertisements

Syafiq tidak dapat meneruskan permainan di atas padang dan terpaksa ditukar dengan rakan sepasukan, Fayyadh Zulkifli.

Status beliau bagaimanapun masih belum disahkan namun tamparan hebat kepada kem negara apabila pemain ini berada dalam senarai 26 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya.

Advertisements

Kim Pan-gon juga telah kehilangan khidmat 4 pemain senior seperti Arif Aiman Hanapi yang turut mengalami kecederaan sekaligus tidak akan beraksi menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Skuad kebangsaan akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Advertisements

Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram