Gol Bergson vs Sanfrecce Hiroshima Sarat 1001 Makna
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva mengakui gol ketika menentang Sanfrecce Hiroshima cukup bermakna buat dirinya.

Ini kerana gol tersebut merupakan gol pertama beliau dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim ini.

Bergson melihat gol tersebut sebagai pembakar semangat untuk membantu JDT mara lebih jauh dalam saingan ACLE.

“Gol pertama dalam ACLE musim ini. Sepanjang saya bermain dalam ACLE di sini, saya mungkin telah menjaringkan 14 gol.

“Tapi macam saya katakan, saya rasa bangga. Ianya sangat penting untuk menjaringkan gol dalam ACLE,” katanya selepas perlawanan.

Bergson membantu JDT menewaskan Sanfrecce 3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 ACLE. Selain beliau, Ager Aketxe dan Marcos Guilherme turut mencetak nama sebagai penjaring.

JDT kini memiliki kelebihan dua gol menjelang aksi timbal balik di Hiroshima pada 11 Mac ini.