Gol Debut Lionel Messi Gegar MLS
Dunia
Major League Soccer
Advertisements

Legenda Argentina, Lionel Messi memberi impak positif kepada Inter Miami apabila menyumbat gol kemenangan ke atas kelab Mexico, Cruz Azul dalam perlawanan pertamanya hari ini.

Messi yang masuk sebagai pemain gantian menggantikan Benjamin Cresmachi pada minit ke-54 menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Andres Gudino pada minit ke-94.

Gol tersebut menceriakan para pemain, staf kejurulatihan dan penyokong The Herons yang dahagakan kemenangan selepas kali terakhir menang pada suku akhir U.S. Open Cup pada 8 Jun lalu.

Advertisements

Kejayaan ini bukan saja membantu Miami menduduki tangga teratas Kumpulan Selatan 3 Leagues Cup edisi 2023. Malah, ia juga kemenangan pertama pasukan itu di bawah bimbingan Gerardo Martino.

Leagues Cup ialah satu pertandingan membabitkan kelab-kelab Major League Soccer (MLS) dan Liga MX (liga utama Mexico) dengan edisi 2023 ialah edisi ketiga kejohanan.

Advertisements

Selain Messi, rakan sepasukan lamanya dari Barcelona, Sergio Busquets turut membuat kemunculan pertama bersama The Herons dalam perlawanan sama.

Duo ini bakal disertai oleh seorang lagi bekas pemain Barca, Jordi Alba yang sah menyertai Inter semalam.

Advertisements

Ramai penyokong The Herons berharap kecemerlangan Messi ini dapat diteruskan dalam perlawanan kedua kumpulan menentang Atlanta United pada 26 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram